Wednesday 31 August 2011

Bantulah hamba-Mu ya Allah

Assalamualaikum....ana ada sedikit perkongsian..bacalah..masalah 1:-- hari ini selepas ana tengok cerita ''syurga cinta" iaitu cerita kesukaan ana, perut ana sakit sangat, x tau la sebab apa.. mungkin makan banyak.. tp, sakit perut ni lain macam sikit sebab ia adalah lain.. x faham?? hurmm.. rasanya  ada byk angin kot dalam perut.. atuk, tolong urutkan!! tp malangnya, semalam baru blik dari kampung.. atuk pulak x berapa sihat.. maklumlah orang tua.. mesti ada banyak penyakit. semasa ana sedang tuling wall ni, sakit perut ana sudah semakin sembuh..



masalah 2:-- pukul 12 tengahari tadi ana main laptop sampai terlupa nak mandi.. pastu, ummi duduk di sebelah ana.. ana membuka utube dan membuka video idola kecil.. ana menaip lagu ''dayana perpisahan'' iaitu artis kesukaan ummi ana dan lagu kesukaan ana.. pada pukul 1, ummi ana pergi ke dapur untuk mengambil kuih ''maruku'' untuk di makan, dan selepas itu, ummi ana terus ke mesin jahit. x tahu la apa yang ummi buat kat situ.. lepas ummi habis makan, ummi marah ana sebab main laptop sampai x ingat nk mandi.. ana terus tutup laptop dan terus pergi mandi..

ok Assalamualaikum... ilal liqa'

Friday 26 August 2011

assalammualaikum whb wbrkt

hurm.. nampaknya tak lama lagi kita akan berhari raya.. mesti seronok.. hari ini ana akan beraya di sini sahaja..mungkin tahun hadapan ana akan menyambut hari raya di kampung yang terletak di segamat. nk dengar kisah membeli baju raya tak?? baca di bawah..

kring..Allahummas0lli a'la Muhammad... aku terbangun dari tidur lalu melihat keadaan sekeliling..
adik, adik, bagun. mari sahur dah nak azan dah. cepat2.ibuku berkata.
aku meliat sebentar lalu membaca d0a bangun tidur.. aku pergi ke bilik air lalu membasuh mukaku supaya tidak mengantuk lagi.. semasa sedang makan di dapur, ibu bercadang untuk pergi membeli baju raya.
aku hanya terdiam kerana aku masih mengantuk..

''adik nak ikut tak?''.kata ibu.
aku menjawab ''tidak'' dengan perlahan.
''kenapa kamu tidak mahu ikut? nanti susahlah nk cari saiz baju.''
aku berhenti makan lalu membasuh tangan..
selepas itu, aku mengambil sebatang pensel dan sehelai kertas..
aku menulis saiz baju,seluar dan kasut..
ibu hanya tersenyum apabila aku memberi kertas itu kepada ibu..



itu sahaja.. Assalamualakum. Selamat Hari Raya Aidilfitri..